KESIMPULAN
Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk semangat
perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan
pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Sekiranya semangat patriotisme tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja,
pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka
hilang jati diri.
No comments:
Post a Comment