Tuesday, 13 March 2018

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME & PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

1.semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. 

2. semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. 


Image result for gambar semangat patriotik


3.Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda.

4.,Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

5.semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. 

Image result for semangat patriotisme


6. suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.Imej dan nama baik negara akan meningkat.selain itu, ramai pekerja buruhh akan datang daripada negara lain seperti, Indonesia, Mynmar,Nepal dan sebagainya

7. semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. 


Image result for semangat patriotisme



PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME



1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan


2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme

3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat


4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah pendidikan berorientasikan peperiksaan


5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam



No comments:

Post a Comment