Tuesday, 13 March 2018

MUKA DEPAN



Image result for politeknik sultan azlan shah

KONSEP PATRIOTISME

NAMA PENSYARAH : ENCIK MUHAMMAD SOLIHIN BIN  YAAKUB

SESI DISEMBER 2017

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

DKM 2B

NAMA AHLI KUMPULAN 

 1.MANISSAH A/P THAMODARAN (15DKM17F1043)
2. MARCUS ASHWIN A/L MICHAEL SAGAYER (15DKM17F1040)
3.DEVENDRAN A/L MUNUSAMY (15DKM171033)
4.THANAKESWARAN A/L SELVER RAJAN (15DKM17F1045)
5.ELANSELVAN A/L RAJENDRAN (15DKM17F1054)

APAKAH ITU PATRIOTISME

Image result for semangat patriotisme


KONSEP PATRIOTISME
·     1.  Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara.

·    2.  Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa Malaysia dan mengkukuhkan ketahanan nasional.

·    3.   Istilah patriotisme mula digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990-an.

·    4.    Menurut Kamus Dewan (2005), 'patriot' bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaultan negara atau pembela negara.

·   5.       Nilai patriotisme merupakan sebahagian daripada nilai murni yang perlu dijiwai dan diamalkan sebaik.

·   6.    Patriotisme dapat dizahirkan melalui tindakan seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurka kenegaraan, mempamerkan pelekat patriotik pada kenderaan atau apa-apa cara yang menunjukkan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara.

·    7.    Kepentingan semangat patriotisme ialah membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara.



KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME & PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

1.semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. 

2. semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. 


Image result for gambar semangat patriotik


3.Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda.

4.,Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

5.semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. 

Image result for semangat patriotisme


6. suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.Imej dan nama baik negara akan meningkat.selain itu, ramai pekerja buruhh akan datang daripada negara lain seperti, Indonesia, Mynmar,Nepal dan sebagainya

7. semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. 


Image result for semangat patriotisme



PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME



1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan


2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme

3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat


4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah pendidikan berorientasikan peperiksaan


5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam



Monday, 12 March 2018

CARA – CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME




Pihak kerajaan


Menjalankan kempen berkaitan semangat patriotik secara besar-besaran, mengadakan pameran tentang sejarah kemerdekaan Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.

Image result for semangat patriotisme
Ibu bapa

Membawa anak melawat ke tempat bersejarah, menanam kesedaran sejak kecil lagi, memperkenalkan tokoh-tokoh berjasa kepada anak-anak, menjadi teladan kepada anak-anak, membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan.



Peranan media massa.

Menyiarkan rancangan atau program berkaitan dengan aktiviti cinta akan negara, menyiarkan rencana tokoh-tokoh, menayangkan filem yang berkaitan dengan semangat patriotik seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, “Leftenan Adnan”

Image result for gambar patriotisme

Remaja sendiri

Menggantung bendera di rumah sempena hari kemerdekaan, melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, membaca sejarah Malaysia dan memahaminya serta mengambil iktibar, menyertai lawatan ke tempat bersejarah, menyertai Program Latihan Khidmat Negara.Contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat.








KESIMPULAN




Image result for semangat patriotisme

Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk semangat perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotisme tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri.