KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
1.semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah
untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya
semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan
damai.
2. semangat patriotisme juga dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat
akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja
bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.
3.Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan
rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda
khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat
patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan
semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat
memberi kesedaran kepada generasi muda.
4.,Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri
dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata
pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan
pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.
5.semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan
kaum. semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum,
maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk
kemudahan rakyat.
6. suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana
harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.Imej
dan nama baik negara akan meningkat.selain itu, ramai pekerja buruhh akan
datang daripada negara lain seperti, Indonesia, Mynmar,Nepal dan sebagainya
7. semangat patriotisme di kalangan rakyat
juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang
aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana
wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat.
PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat
patriotisme pada masa hadapan
2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada
menitikberatkan semangat patriotisme
3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat
4. Kurang menekankan semangat patriotik di
sekolah pendidikan berorientasikan peperiksaan
5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan -
bermusim dan hangat-hangat tahi ayam